Skip to main content
Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Kanak-Kanak

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak
  3. Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun;
  4. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  5. Kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia
  6. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952;
  7. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM
  8. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001;
  9. Kanak-kanak yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara dan berkelayakan serta bukan melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan mana-mana Undang-Undang Mahkamah berkaitan;
  10. Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma adalah tidak layak

RM250.00 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500.00 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan# 

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan
  1. Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/ yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
  2. Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
  3. Menggalakkan masyarakat untuk tampil mengambil kanak-kanak yang kurang bernasib baik atau yatim/ yatim piatu atau tidak mempunyai saudara mara sebagai anak pelihara.
Objektif
  1. Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
  2. Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
  3. Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  4. Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan dengan kediaman atau melalui pautan www.ebantuanjkm.jkm.gov.my

Kembali