MyMeal merupakan pengiktirafan yang diberikan bagi set makanan lengkap (menu lengkap) berdasarkan konsep Pinggan Sihat Malaysia (Suku Suku Separuh) dengan air kosong yang dijual dengan harga yang berpatutan (antara RM6.00-10.00). Inisiatif ini boleh dilaksanakan kepada semua menu makanan yang dijual secara set di Malaysia yang mematuhi komponen penilaian yang ditetapkan.
Premis yang telah mendapat pengiktirafan MyMeal akan disenaraikan dalam laman sesawang Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mempromosikan premis-premis ini kepada masyarakat umum. Sehingga Disember 2024, Sebanyak 502 menu telah mendapat pengiktirafan MyMeal melibatkan 173 buah syarikat. Tempoh sah laku pengiktirafan adalah selama 3 tahun.
Program ini memberi manfaat kepada rakyat dengan meningkatkan akses kepada makanan yang lebih murah, berkhasiat dan selamat.
Makanan
MyMeal
Pengusaha Premis Makanan
- Set MyMeal
- Mengandungi 1 sajian daripada kumpulan nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian;
- Mengandungi 1 sajian daripada kumpulan ikan, ayam, telur, daging dan legum;
- Mengandungi 1 sajian daripada kumpulan sayur-sayuran;
- Mengandungi 1 sajian air kosong (minimum 200ml);
- Anggaran kalori ialah 400 hingga 500 kcal;
- Makanan tidak terlalu masin/ manis;
- Makanan tidak terlalu berminyak/ berlemak
- Harga Menu MyMeal Harga menu berasaskan nasi adalah seperti berikut:
- RM8 atau kurang (Semenanjung); atau
- RM10 atau kurang (Sabah, Sarawak dan Labuan)
- Bagi menu makanan kategori mi/ bihun/ kuetiau/ bubur nasi/ lontong dan lain-lain, harga menu MyMeal adalah seperti berikut:
- RM6 atau kurang (Semenanjung); atau
- RM8 atau kurang (Sabah, Sarawak dan Labuan)
- Keselamatan dan Kualiti Makanan:
- Markah pemeriksaan premis 71% dan ke atas atau mendapat sekurang-kurangnya gred B.
Tidak berkaitan. Program ini memberikan sokongan teknikal iaitu konsultasi dan bimbingan percuma kepada pengusaha premis makanan yang berminat untuk mendapatkan pengiktirafan MyMeal.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Keterangan
Objektif
- Meningkatkan kebolehdapatan makanan yang lebih sihat dengan harga berpatutan di premis makanan di Malaysia.
- Membantu pengguna mengenalpasti set makanan yang lebih sihat dengan mudah dan cepat apabila makan di luar.
- Membantu menangani masalah pemakanan dan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia yang memilih untuk makan di luar.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah.
Kembali