Skip to main content
Skim Peduli Kesihatan (PEKA) untuk Kumpulan B40

Kumpulan B40 Yang Berumur 40 Tahun Dan Keatas Bersama Pasangan.

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berdaftar
  2. Berumur 40 tahun dan ke atas
  3. Warganegara Malaysia dalam kumpulan B40
  1. Saringan kesihatan percuma
  2. Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000
  3. Insentif melengkapkan rawatan kanser sebanyak RM1,000
  4. Insentif tambang pengangkutan sehingga RM1,000

Untuk makluman lanjut, sila layari https://protecthealth.com.my/peka-b40/

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  2. ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.
Keterangan

PeKa B40 merupakan inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) melalui saringan kesihatan percuma. Program ini juga menawarkan bantuan alat perubatan, insentif tunai melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan kepada kumpulan B40.

Objektif

Objektif utama PeKa B40 adalah meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan bagi golongan berpendapatan rendah. Skim ini juga bertujuan mengesan penyakit tidak berjangkit lebih awal seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi dan pada masa yang sama mengurangkan beban kewangan pesakit melalui bantuan alat perubatan, serta memastikan kesinambungan rawatan tanpa halangan kewangan.

Tatacara Permohonan
  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah berumur 40 tahun dan pasangan boleh melakukan saringan kesihatan percuma dimana-mana Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar atau Klinik Kesihatan seluruh Malaysia.
  2. Bagi Bantuan Alat Perubatan, Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser dan Insentif Tambang Pengangkutan, permohonan boleh dilakukan melalui doktor yang merawat di semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kembali