Skip to main content
Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS)
  1. Miskin
  2. Miskin Tegar
  3. Warga Emas
  4. OKU
  5. Ibu Atau Bapa Yang Mempunyai Tanggungan Ramai
  6. Mangsa Bencana Yang Berskala Kecil
  7. Keutamaan Pelaksanaan Program Adalah Kepada Negeri-negeri Dan Daerah Yang Mempunyai Kadar Kemiskinan Tegar Yang Tinggi
  1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam e-Kasih; atau
  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
  1. Bina Baharu Kawasan Semenanjung 3 bilik (680kps) dengan kadar syiling RM79,000
  2. Bina Baharu Kawasan Sabah / Sarawak / W.P Labuan 3 bilik (680 kps) dengan kadar syiling RM85,000
  3. Baik Pulih Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ WP Labuan dengan kadar syiling bantuan RM20,000

Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)

Keterangan

Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar yang menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk memiliki kediaman yang selamat dan selesa dan seterusnya memastikan kumpulan sasar ini dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Objektif

Meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Tatacara Permohonan

ermohonan PPRS secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta/ tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

Kembali