Subsidi elektrik ICPT merupakan bantuan Kerajaan untuk menampung kenaikan sebenar kos bahan api arang batu dan gas yang merupakan campuran bahan api utama dalam penjanaan elektrik di Semenanjung. Subsidi ini dibayar terus kepada syarikat utiliti bagi memastikan golongan sasar terus dilindungi dari impak kenaikan bil elektrik. Melalui keputusan ini, Kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin dengan memastikan pengguna domestik terus dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar. Pelaksanaan ICPT yang diguna pakai pada masa ini adalah bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 30 Jun 2025.
- Warganegara Malaysia
 - Pengguna Elektrik Kategori Domestik Di Semenanjung Malaysia
 
Semua pelanggan Kediaman dan Bukan Kediaman terlibat dengan pelaksanaan ICPT sama ada dalam bentuk rebat atau pun surcaj yang telah diumumkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA).
- Pelanggan Kediaman (Tarif A): Penggunaan elektrik 600 kWj dan ke bawah kekal menerima rebat 2 sen/kWj
 - Pelanggan Kediaman (Tarif A): Penggunaan elektrik antara 601 kWj hingga 1,500 kWj tidak menerima rebat dan tidak dikenakan surcaj (zerorise)
 - Pelanggan Kediaman (Tarif A): Penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj kekal dikenakan surcaj pada kadar 10 sen/kWj
 - Pelanggan bukan kediaman dalam kategori tarif voltan rendah (tarif B dan D), pengguna dalam kategori tarif pertanian spesifik (tarif H, H1 dan H2) dan operator air dan pembetungan mendapat pengurangan surcaj ICPT kepada 2.7 sen/kWj
 - Pelanggan bukan kediaman dalam kategori tarif komersial/perindustrian voltan sederhana dan voltan tinggi, tarif perlombingan dan pengguna lampu jalan mendapat pengurangan surcaj ICPT kepada 16 sen/kWj
 - Pelanggan bukan kediaman dalam kategori lampu jalan (tarif G & G1) di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan mendapat pengurangan surcaj ICPT kepada 9 sen/kWj
 
Untuk memahami tentang IPCT dan cara pengiraan, sila layari https://myelectricitybill.my/ maklumat lanjut, sila layari, https://www.tnb.com.my/faq/icpt-bm
- Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)
 - Kementerian Kewangan (MOF)
 - Suruhanjaya Tenaga (ST)
 - Tenaga Nasional Berhad (TNB)
 
Untuk melindungi pengguna domestik dan PMKS daripada terkesan dengan kenaikan kos elektrik yang tinggi di samping mengawal kenaikan harga barangan di pasaran dan juga inflasi negara. Kesannya, penjimatan wang Kerajaan melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar dapat disalurkan untuk pelaksanaan program dan projek lain untuk rakyat
Secara automatik dikira dan diberikan di dalam bil elektrik pengguna.