1.2 Bidang Penyelidikan
Bidang-bidang penyelidikan di bawah Geran Penyelidikan LPPKN adalah seperti berikut:
1.2.1 Kependudukan;
1.2.2 Kekeluargaan;
1.2.3 Kesihatan Reproduktif; dan
1.2.4 Dasar dan Program yang Berkaitan Kependudukan, Keluarga dan Kesihatan Reproduktif.
1.3 Skop Penyelidikan
Skop penyelidikan adalah seperti berikut:
1.3.1 Kajian Kebolehlaksanaan Penubuhan Daftar Keluarga Kebangsaan (Family Registry) di Malaysia;
1.3.2 Menilai dan Merangka Semula Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK);
1.3.3 Faktor dan Impak Pembubaran Perkahwinan Terhadap Institusi Kekeluargaan;
1.3.4 Analisis Semen dalam Kalangan Klien LPPKN;
1.3.5 Data Mamogram LPPKN: Cabaran dan Keberkesanan dalam Pengesanan Awal Kanser;
1.3.6 Kajian Kebolehlaksanaan Perkhidmatan Klinik Nur Sejahtera melalui Pemetaan Pelanggan dan Model Perniagaan Inovatif;
1.3.7 Penilaian Pelaksanaan Dasar PEKERTI;
1.3.8 Kajian Emosi Klien di Pusat Subfertiliti LPPKN;1.3.9 Demensia: Sokongan Sosial terhadap Kualiti Hidup Warga Emas;
1.3.10 Pengaruh Dinamika Keluarga terhadap Tingkah Laku Membuli dalam Kalangan Remaja;
1.3.11 Perkahwinan Tanpa Anak (Childfree): Trend Terbaharu Masyarakat?
1.3.12 Penambahbaikan Prosiding Tribunal Perkahwinan dan Kaunseling Keluarga untuk Menghasilkan Model dan Garis Panduan Badan Pendamai LPPKN;
1.3.13 Pembangunan Model Kaunseling Pra dan Pasca Perceraian dan Menghasilkan Modul Kaunseling Perceraian Yang Komprehensif;
1.3.14 “Healthy Divorce” dan “Nasty Divorce” dan Hubungannya Terhadap Kefungsian Keibubapaan; dan
1.3.15 Gangguan Orang Ketiga dalam Perkahwinan dan Menghasilkan Model dan Modul dengan Menggunakan Aplikasi Teori dan Teknik Kaunseling Keluarga Yang Berkesan.