Bantuan Bencana Alam bertujuan untuk meringankan beban kewangan Veteran ATM yang mengalami kerosakan struktur rumah akibat daripada bencana alam seperti ribut, kebakaran, taufan, gempa bumi, banjir, tanah runtuh, tsunami dan lain-lain. Kadar Bantuan Bencana Alam yang boleh diluluskan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (maksimum) berdasarkan laporan siasatan daripada pihak berkuasa yang berkaitan seperti Polis, Bomba dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Umum
Veteran ATM: Skim Bantuan Bencana Alam
Veteran ATM
- Veteran ATM (Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak dan Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa)
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Pemohon hendaklah bermastautin di rumah tersebut dan perakuan pemastautin perlu disahkan oleh Ketua Kampung atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
- Pengesahan berlakunya bencana alam hendaklah disokong dengan laporan pihak berkuasa yang berkaitan seperti Polis, Bomba atau pihak berkuasa tempatan berserta gambar kejadian atau kerosakan (sekiranya ada).
- Bagi kerosakan yang telah dibaiki, pemohon hendaklah mengemukakan gambar ketika pembaikan dibuat dan resit asal pembayaran yang telah diselesaikan
- Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian bencana alam itu berlaku.
- Kerosakan yang diambil kira dalam pemberian Bantuan Bencana Alam hanyalah kerosakan terhadap struktur utama bangunan rumah sahaja tidak termasuk kerosakan harta benda seperti kenderaan, perkakas rumah, barangan elektrik, perabot dan dokumen peribadi.
Kadar bantuan tidak melebihi RM10,000 (maksimum)
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jhev.gov.my/utama.html
- Kementerian Pertahanan (MINDEF)
- Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)
Keterangan
Objektif
Bantuan Bencana Alam dilihat boleh membantu meringankan bebanan kewangan Veteran ATM.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
Kembali