Skip to main content
Taska OKU

Kanak-Kanak OKU

  1. Warganegara Malaysia OKU
  2. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  3. Berumur 4 tahun dan ke bawah

Tidak Berkenaan

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan

Konsep TASKA OKU adalah suatu pendekatan yang memberi tumpuan kepada keluarga yang mempunyai anak OKU dengan penyertaan bersama NGO, ibu bapa, kanak-kanak, agensi Kerajaan, swasta dan komuniti setempat. Melalui penubuhan TASKA OKU ianya memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak kurang upaya serta meringankan beban keluarga berpendapatan rendah untuk mendapat asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang berkualiti.

Objektif
  1. Membantu ibu bapa / penjaga dan kanak-kanak OKU mendapat perkhidmatan yang sesuai dengan ketidakupayaan yang dihadapi, pada masa yang sama keperluan bagi pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak dapat dipenuhi.
  2. Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga kanak-kanak OKU terutama kepada ibu bapa / penjaga yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan pengasuhan yang sempurna dan berkualiti bagi anak-anak OKU mereka
Tatacara Permohonan

Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan dengan menghubungi Pertubuhan Sukarela Kebajikan berkaitan.

Kembali