Kerajaan menanggung kos pengangkutan bagi membolehkan penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman membeli tujuh (7) barangan keperluan asas iaitu Beras Putih, Gula, Minyak Masak, Tepung Gandum (kategori Barang Perlu), Gas Petroleum Cecair (tong gas memasak, LPG), Petrol RON95 dan Diesel (Community Drumming, CD) pada harga yang ditetapkan/dikawal oleh Kerajaan.
Umum
Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming
- Warganegara Malaysia
- Kawasan Pedalaman Terpilih
- Semenanjung Malaysia dan WP Labuan: Jarak kawasan pengedaran yang layak adalah melebihi 15 kilometer dari punca bekalan.
- Sabah dan Sarawak: Bagi projek BP dan LPG, jarak kawasan pengedaran yang layak adalah melebihi 15 kilometer dari punca bekalan. Manakalan bagi projek CD, jarak kawasan pengedaran yang layak adalah melebihi 10 kilometer dari punca bekalan.
- Sekiranya punca bekalan baru dibangunkan di lokasi kurang 10 kilometer (di Sabah dan Sarawak) atau 15 kilometer (di Semenanjung dan Labuan) dari kawasan sedia ada projek CD, Jawatankuasa Induk Pembangunan Stesen Minyak (JIPSM) KPDN boleh mempertimbangkan untuk meneruskan projek CD di kawasan tersebut berdasarkan justifikasi yang munasabah.
- Harga bekalan di kawasan pengedaran sebelum pelaksanaan Program Penyeragaman Harga hendaklah melebihi 15% dari harga kawalan atau harga semasa program.
Tujuh (7) jenis barangan yang terlibat dalam program ini ialah beras putih, gula putih bertapis kasar, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair LPG (tong gas memasak), petrol RON95 dan diesel di kawasan pedalaman terpilih di negeri Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kpdn.gov.my
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Keterangan
Objektif
Memastikan para penduduk di kawasan pedalaman terpilih mempunyai akses kepada sejumlah barangan perlu khususnya barangan kawalan pada harga yang sama yang dinikmati oleh para penduduk di kawasan lain. Pada masa yang sama, program ini juga dapat membantu mewujudkan kestabilan bekalan barang perlu dan kawalan di kawasan pedalaman.
Kembali