Untuk membantu anda, kami telah menyenaraikan semua soalan lazim di bawah. Jika anda tidak menemui maklumat yang anda cari atau mempunyai sebarang soalan tambahan, anda boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami.
Portal Ihsan MADANI adalah merupakan satu usaha kerajaan untuk menyediakan satu platform khusus di hujung jari kepada pengguna untuk mendapatkan serta mengenal pasti pelbagai program dan inisiatif kerajaan dengan lebih cepat dan mudah terutama dalam aspek meringankan beban sara hidup rakyat.
Portal Ihsan MADANI juga akan membantu pengguna mengenal pasti program dan inisiatif yang layak dan sesuai kepada pengguna berdasarkan maklumat yang telah diisi di ruangan Maklumat Asas.
Portal Ihsan MADANI sesuai digunakan oleh semua warganegara Malaysia pada semua peringkat umur.
Pengguna akan diminta untuk mengisi maklumat-maklumat asas seperti berikut:
- Tahun lahir;
- Jantina;
- Negeri tempat tinggal;
- Kumpulan etnik;
- Status pekerjaan;
- Taraf pendidikan;
- Taraf perkahwinan;
- Jumlah pendapatan bulanan individu dan isi rumah;
- Status OKU;
- Tanggungan kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah);
- Tanggungan warga emas (60 tahun dan ke atas);
- Tanggungan OKU;
- Tanggungan pesakit terlantar atau pesakit kronik; dan
- Pemilikan kediaman semasa.
Sekitar satu (1) minit sahaja masa yang diperlukan untuk mengisi borang Maklumat Asas.
Portal Ihsan MADANI TIDAK menyimpan sebarang maklumat yang dikongsikan oleh pengguna sama ada di dalam pangkalan data portal mahupun pangkalan data kerajaan.
Maklumat yang dikongsikan oleh pengguna hanya bertujuan untuk penentuan inisiatif yang bersesuaian dengan pengguna sahaja.