Untuk membantu anda, kami telah menyenaraikan semua soalan lazim di bawah. Jika anda tidak menemui maklumat yang anda cari atau mempunyai sebarang soalan tambahan, anda boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami.
Maklumat yang diisi di Portal Ihsan MADANI adalah bersifat umum sahaja dan tidak melibatkan sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat rumah, perincian pekerjaan dan sebagainya.
Maklumat-maklumat ini TIDAK akan disimpan di dalam pangkalan data portal mahupun pangkalan data kerajaan.
Inisiatif-inisiatif yang dipaparkan di Portal Ihsan MADANI telah dibahagikan kepada lapan (8) kategori utama iaitu:
- Umum;
- Kluster Kesihatan;
- Kluster Makanan;
- Kluster Pendapatan;
- Kluster Pendapatan;
- Kluster Pengangkutan;
- Kluster Perumahan; dan
- Kluster Utiliti.
Setiap inisiatif yang memerlukan permohonan akan mempunyai pautan “Mohon di sini” atau melalui pautan di ruangan FAQ inisiatif.
Setelah menekan butang “Mohon di sini” atau pautan FAQ inisiatif, pengguna akan dibawa terus ke laman sesawang rasmi kementerian/ jabatan/ agensi yang berkenaan supaya pengguna boleh membuat permohonan secara rasmi atau mendapatkan maklumat lanjut.
Setiap inisiatif mempunyai syarat kelayakan yang tersendiri. Pengguna boleh menyemak “Syarat Permohonan” bagi sesuatu inisiatif atau pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan terperinci melalui pautan FAQ inisiatif.
Pengguna perlu memastikan semua Maklumat Asas telah diisi. Terdapat indikator peratusan selesai di sebelah atas skrin sebagai rujukan pengguna.
Pengguna juga boleh menekan butang Isi Semula jika ingin memulakan pengisian borang yang baharu.