Skip to main content
Selangor: Inisiatif Kemahiran Teknikal & Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS)

Anak Selangor Berumur 16 Hingga 30 Tahun Yang Menyambung Pelajaran Dalam Bidang TVET / Kemahiran Dengan Pendapatan Keluarga Di Bawah Kategori B40 Dan M40

  1. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia
  2. Berumur 16 hingga 30 tahun pada tahun semasa
  3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor
  4. Pemohon dan ibu/bapa bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN, Penghulu, Pengerusi JKKK/Ketua Kampung, Pengerusi Taman Perumahan dan lain-lain yang diiktiraf Kerajaan
  5. Pemohon adalah pengundi berdaftar bagi mana-mana DUN di Selangor
  6. Pemohon bersekolah lebih 10 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan Sijil Berhenti Sekolah yang sah
  7. Pemohon telah mendaftarkan diri di STDC
  8. Penajaan akan diberi keutamaan kepada kategori keluarga berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40

Mengikut kadar yuran pengajian semasa

  1. Selangor Technical Skills Development Centre Shah Alam (STDCx)
  2. Selangor Technical Skills Development Centre (STDC)
  3. Universiti Selangor (UNISEL)
  4. Universiti Islam Selangor (UIS)
Keterangan

Program IKTISASS menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk tajaan yuran pengajian kepada pelajar yang menyambung pelajaran dalam bidang TVET/ Kemahiran di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC), Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Islam Selangor (UIS).

Objektif

elatih pelajar dengan kemahiran berkaitan TVET seterusnya melahirkan sumber manusia yang berkualiti dan berkemahiran tinggi dalam sektor industri sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri dalam menjadikan Selangor sebagai hab kemahiran tinggi utama negara.

Kembali