Sejak tahun 1970-an, KTMB telah menyediakan perkhidmatan tren penumpang di kawasan Tumpat ke Kuala Lipis yang mana sukar dihubungi oleh lain-lain pengangkutan sama ada pengangkutan jalan, air mahupun udara. Oleh kerana kos operasi yang tinggi dan tidak menguntungkan KTMB, perkhidmatan ini telah dinamakan sebagai perkhidmatan Tren Tidak Ekonomik (TTE). Perkhidmatan ini menjadi mod pilihan utama bagi penduduk setempat terutama murid sekolah dan guru-guru di kawasan tersebut. Justeru itu, bagi memastikan perkhidmatan dapat terus beroperasi seterusnya aktiviti harian rakyat di sektor tersebut tidak terganggu maka Kerajaan semenjak tahun 2006 telah memberi subsidi kepada KTMB untuk membiayai kerugian yang dialami oleh KTMB bagi penyediaan perkhidmatan TTE tersebut.
Pengangkutan
Subsidi Tren Tidak Ekonomik
Penumpang Di Sepanjang Jajaran Gemas - Kuala Lipis - Tumpat
Tiada Syarat Permohononan
Tidak Berkenaan
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mot.gov.my/
- Kementerian Pengangkutan (MOT)
- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Keterangan
Objektif
- Menyediakan perkhidmatan tren penumpang di kawasan yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan lain atas dasar obligasi sosial penduduk tempatan di sebahagian jajaran Perkhidmatan Antara Bandar iaitu dari Kuala Lipis ke Tumpat.
- Memudahkan mobiliti penduduk setempat bagi mendapatkan kemudahan harian. 3. Meminimumkan isu keciciran pendidikan terutamanya pada pelajar di beberapa lokasi di sepanjang jajaran yang menjadikan kereta api sebagai mod pengangkutan utama ke sekolah.
Kembali