Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) merupakan bantuan yang diberikan kepada nelayan yang berpendapatan rendah untuk membaikpulih rumah dan membina rumah baharu. Projek ini juga akan membangunkan penempatan semula nelayan untuk memberi kesejahteraan kepada keluarga nelayan agar dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selesa.
Perumahan
Projek Khas Perumahan Nelayan
- Warganegara Malaysia
- Nelayan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Ketua isi rumah nelayan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai sumber pendapatan utama
- Memiliki Kad Nelayan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Sabah; atau
- Berdaftar sebagai nelayan darat dengan Jabatan Perikanan Malaysia; atau
- Memiliki lesen vesel perikanan yang masih sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga; atau
- Memiliki lesen perkakasan daripada Kerajaan Negeri atau Jabatan Pertanian Sarawak atau Jabatan Perikanan Sabah atau Jabatan Laut
- Kadar maksimum bagi program baik pulih rumah ialah RM13,000 sebuah (Semenanjung Malaysia) dan RM15,000 sebuah (Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan)
- Kadar maksimum bagi program bina rumah baharu ialah RM56,000 sebuah (Semenanjung Malaysia) dan RM68,000 sebuah (Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan)
- Kadar maksimum bagi program penempatan semula nelayan ialah RM70,000 sebuah (Semenanjung Malaysia) dan RM90,000 sebuah (Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan)
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.lkim.gov.my/projek-khas-perumahan-nelayan/
- Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
- Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
- Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
Keterangan
Objektif
Membantu golongan nelayan yang berkelayakan untuk membaik pulih rumah, membina rumah baharu dan membangunkan penempatan semula nelayan yang dilengkapi dengan prasarana asas supaya masyarakat nelayan dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selesa.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah atau Pejabat LKIM Negeri/Daerah yang berhampiran.
Kembali