Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini diperkenalkan sejak tahun 1998 dan ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur. b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
- Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun semasa dengan mendapat keputusan 9A+ ke atas.
- Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
- Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.
- Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
Elaun Sara Hidup Perubatan - RM9,240/tahun
Lain-lain bidang - RM8,400/tahun
Elaun Buku Perubatan - RM1,000/tahun
Lain-lain bidang - RM600/tahun
Elaun Alat Perkakas – RM500
Elaun Tesis – RM400
Elaun Kertas Projek – RM200
Elaun Komputer – RM5,000 (maksima)
Yuran Pengajian – seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian –
Tambang Kapal Terbang – sekali setahun pergi dan balik untuk pusat pengajian di Sabah dan Sarawak
Yayasan Pahang
Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.
Permohonan secara atas talian melalui iklan permohonan yang diwar-warkan di laman web Yayasan Pahang.