Skip to main content
Selangor: Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara

Anak Selangor Lepasan SPM Atau STPM Atau Setaraf Yang Menetap Di Selangor Yang Menyambung Pengajian Sepenuh Masa

  1. Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia
  2. Pemohon, ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor
  3. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR)
  4. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan
  5. Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA
  6. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian
  7. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)
  8. Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok)
  9. Sila sertakan SALINAN SIJIL LAHIR PEMOHON, SALINAN MY KAD PEMOHON, BAPA DAN IBU, SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH (RENDAH DAN MENENGAH), SALINAN KEPUTUSAN SPM/ STPM/ STAM/ MATRIKULASI/ ASASI/ DIPLOMA (mana yang berkaitan)
  10. SALINAN SLIP GAJI TERKINI (ibu dan bapa/penjaga), PESARA sila kepilkan SALINAN PENYATA PENCEN BULANAN atau jika BEKERJA SENDIRI/TIDAK BEKERJA/SURI RUMAH sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN (Disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)
  11. Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan PENGESAHAN MASTAUTIN yang disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)
  12. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)
  13. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar
  1. Sijil RM4,000 Setahun
  2. Diploma RM8,000 Setahun
  3. Ijazah Sarjana Muda RM10,000 Setahun
  4. Ijazah Sarjana Muda (Doktor Perubatan / Pembedahan / Pergigian. RM12,000 Setahun

Tidak Berkenaan

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor

Keterangan

Program ini menawarkan bantuan kewangan Pinjaman Boleh Ubah Tanpa Faedah kepada Anak Selangor bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil, Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda di semua IPTA di Malaysia dan IPTS di Selangor dan Kuala Lumpur yang menepati semua syarat-syarat yang ditetapkan.

Objektif

Program ini diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan kepada Anak Selangor untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang tinggi.

Tatacara Permohonan

Permohonan secara atas talian di laman web :
https://edanapendidikan.selangor.gov.my

Kembali