Skip to main content
Program SULUNG 2.0
  1. Pelajar
  2. B40
  1. Pelajar baharu dan sedia ada (warganegara Malaysia) yang sedang dan akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang pengajian di UA
  2. Anak yang pertama dalam keluarga B40 yang belum ada di kalangan adik-beradiknya yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
  3. Bagi pelajar baharu, perlu memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 3.0 dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Matrikulasi/ Asasi / Diploma/ setaraf atau pangkat Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  4. Bagi pelajar sedia ada, perlu memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 3.0 dalam pengajian semasa di UA
  5. Bukan merupakan penerima biasiswa penuh pengajian daripada mana-mana pihak serta tajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menampung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda yang akan/sedang diikuti di UA (tidak termasuk penerima pinjaman, zakat dan lain-lain bantuan kewangan bukan berbentuk biasiswa penuh)
  6. Tidak melanjutkan pengajian dalam Dwi Ijazah Sarjana Muda (Dual Degree)
  7. Bagi situasi di mana dua atau lebih anak dalam keluarga induk yang menerima tawaran serentak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Universiti Awam dalam negara, anak yang lebih tua iaitu sama ada anak kandung atau anak angkat (yang diiktiraf dan didaftarkan sah peliharaan ke atas anak angkat tersebut oleh JKM bagi ibu/bapa/penjaga angkatnya) yang layak dipertimbangkan sebagai calon Siswa SULUNG 2.0

Siswa SULUNG diberikan pengecualian yuran pengajian meliputi yuran berulang dan tidak berulang (one-off) sepanjang tempoh pengajian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mohe.gov.my/

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Keterangan

Program SULUNG 2.0 menyediakan peluang dan pembiayaan pendidikan kepada individu pertama daripada keluarga B40 yang diterima melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam dalam negara yang belum ada di kalangan adik beradik dalam keluarganya yang melanjutkan pengajian di peringkat tersebut. Siswa SULUNG 2.0 diberikan pengecualian yuran pengajian meliputi yuran berulang dan tidak berulang (one-off) sepanjang tempoh pengajian.

Objektif

Meningkatkan mobiliti sosial serta taraf dan kualiti hidup pelajar dari kalangan keluarga B40 ke satu tahap yang lebih baik melalui akses serta pembiayaan kepada pendidikan tinggi.

Kembali