Keterangan
Program MySiswa Meal merupakan program bantuan pemakanan secara percuma untuk membantu mahasiswa Universiti Awam mendepani isu beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Program ini dilaksanakan menerusi beberapa kaedah atau modus operandi seperti penyediaan peralatan asas untuk memasak di “dapur” atau pantri yang telah disediakan oleh pihak UA dan penyediaan makanan kering atau makanan retort yang sedia untuk dimakan oleh mahasiswa.