Keterangan
- Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 31 Mac 2023.
- Peruntukan adalah melalui peruntukan tahunan yang diterima daripada MOF dan sumbangan wang awam. Bantuan KWAPM terdiri daripada dua jenis iaitu Bantuan Am Persekolahan (BAmP) dan Bantuan Kecemasan (BK).