Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) merupakan inisiatif kerajaan untuk mengiktiraf dan menghargai usaha para pelajar dalam menghafaz Al-Quran. Pelajar hafiz 30 juzuk Al-Quran yang berjaya dalam sesi temuduga adalah layak untuk diberikan pembiayaan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah dalam pelbagai bidang di universiti awam dalam negara dan peringkat Ijazah Pertama di universiti luar negara (Mesir, Jordan dan Indonesia). Biasiswa ini diberikan kepada pelajar hafiz Al-Quran 30 juzuk yang sedang melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti awam dalam pelbagai bidang dan tertakluk kepada syarat yang dipersetujui dan pelajar yang melanjutkan pengajian di PPT di bawah JAKIM.
Selain itu, Elaun Wang Saku Pelajar (EWS) diberikan kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di bawah JAKIM iaitu Darul Quran, IPDAS dan IKMAS.
Pendidikan
Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan.
- Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi.
- Pelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH.
- Baki pengajian pelajar tidak kurang dari dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian.
- Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana IPT.
- Pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di semester 2 dan ke atas adalah layak untuk memohon biasiswa ini.
- Memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.
Tidak Berkenaan
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sph.islam.gov.my/
- Jabatan Perdana Menteri (JPM)
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Agensi Pelaksana (Negeri)
Keterangan
Objektif
Objektif utama SPH adalah untuk memartabatkan serta menarik minat masyarakat dalam bidang pengajian Al-Quran. Usaha ini juga dapat membantu menjana modal insan dari kalangan penghafaz Al-Quran dari pelbagai bidang. Manakala pemberian elaun wang saku pelajar (EWS) dapat membantu meringankan bebanan sara hidup pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada golongan keluarga yang sederhana / kurang berkemampuan serta menampung keperluan sepanjang tempoh pengajian.
Kembali