Skip to main content
Bantuan Pendidikan BAKTIDESA
  1. Pelajar Miskin
  2. Miskin Tegar
  1. Warganegara Malaysia
  2. Tinggal di luar bandar
  3. Telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa
  1. Bantuan RM500 bagi pengajian di SBP, MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/ Pendidikan bertaraf Sijil)
  2. Bantuan RM1,000 bagi pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama

Untuk maklumat lanjut, sila layari ebantuan.rurallink.gov.my

Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)

Keterangan

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di luar bandar yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran 

Objektif

Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara "one off" sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Kembali