BPSPBB mula dilaksanakan pada tahun 2008 berdasarkan ucapan pembentangan Bajet 2008 oleh YAB Perdana Menteri pada 7 September 2007 bagi murid dari keluarga miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih. Mulai tahun 2024, syarat kelayakan telah disemak semula dan diberikan kepada murid yang layak dari keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa dalam kategori miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih
Pendidikan
Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Badan Beruniform (BPSBB)
Murid Warganegara Malaysia Dan Bersekolah Di Semua Sekolah Kerajaan (SK) Dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) Di Bawah KPM
- Murid warganegara Malaysia berdasarkan catatan dalam sijil kelahiran dan bersekolah di semua SK dan SBK di bawah KPM
- Murid Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (termasuk Tahun 1 bagi Kolej Vokasional) yang bersekolah di SK dan SBK di bawah KPM
- Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Tahap 2 di sekolah rendah serta MBPK tahun pertama dan tahun ke empat di sekolah menengah
- Ketua Isi Rumah (KIR) mestilah berdaftar dengan Sistem eKasih mengikut PGK Nasional Semasa dalam kategori miskin tegar sahaja
- Murid yang tidak dibekalkan pakaian seragam lengkap oleh badan induk Pasukan Pakaian Beruniform yang dianggotai
- Murid yang layak berdasarkan maklumat dari Sistem eKasih akan diberikan BPSPBB tanpa perlu mengemukakan permohonan
- Kadar BPSPBB bagi seorang murid yang layak adalah sebanyak RM100 setahun
- Pemberian bantuan secara wang tunai kepada murid atau pembelian pakaian seragam oleh murid secara ‘pay and claim’ adalah dilarang
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.moe.gov.my/bantuan-pakaian-seragam-badan-beruniform-bps
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Keterangan
Objektif
Untuk meringankan kos yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga murid dalam menyediakan pakaian seragam pasukan badan beruniform dan bagi membolehkan setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di semua peringkat.
Kembali