Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had percuma bagi perkhidmatan Rapid Bas di Pulau Pinang (Pas Mutiara). Inisiatif ini telah memanfaatkan seramai 20 ribu pengguna pengangkutan awam sebulan di Pulau Pinang. Pengguna hanya perlu membayar RM10 bagi langganan pertama dan percuma bagi pembaharuan 30 hari seterusnya. Program ini merupakan kerjasama antara MOT dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pengangkutan
Pas Mutiara
Pengguna Pengangkutan Awam Di Pulau Pinang
Warganegara Malaysia
Subsidi RM50 bagi setiap pas dibiayai secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://myrapid.com.my/bus-train/rapid-penang/ . Pembelian pas boleh dilaksanakan di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid Penang.
- Kementerian Pengangkutan (MOT)
- Prasarana Malaysia Berhad
- Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Keterangan
Objektif
Program ini berobjektif untuk membantu mengurangkan kos pengangkutan selain menggalakkan penggunaan pengangkutan awam terutamanya bas kepada penduduk di Pulau Pinang yang menggunakan bas Rapid Penang.
Kembali