Skip to main content
Negeri Sembilan: Bantuan Care For You (C4U) Ibu Tunggal Negeri Sembilan
  1. Ibu Tunggal Berstatus Miskin
  2. Miskin Tegar
  1. Wanita yang bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin di dalam isi rumah yang sama; atau
  2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin di dalam isi rumah yang sama; atau
  3. Wanita ibu tunggal yang tiada anak & bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap

RM200 secara one-off

Tidak Berkenaan

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)

Keterangan

Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus telah mengumumkan Inisiatif Bantuan kepada Ibu Tunggal (C4U IBU TUNGGAL) semasa pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2019 dengan menetapkan pemberian khas one-off sebanyak RM200.00 kepada setiap ibu tunggal yang berdaftar dengan eKasih

Objektif

Membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu tunggal dan membantu keperluan sara hidup ibu tunggal.

Tatacara Permohonan

Penerima yang layak dipilih daripada data eKasih. Ibu tunggal yang layak dan belum tersenarai di dalam pangkalan data eKasih, boleh mengemukakan permohonan sebagai peserta eKasih terlebih dahulu melalui Pejabat Daerah sebelum dipertimbangkan dalam Focus Group Daerah untuk C4U IBU TUNGGAL

Kembali