Skip to main content
Selangor: Khairat Darul Ehsan (KDE)
  1. Warga Emas Yang Berusia 50 Tahun Ke Atas
  2. Orang Kelainan Upaya (OKU)
  1. Kepada sesiapa yang berusia 50 tahun dan keatas dan juga kepada golongan OKU tanpa had mengira had umur. Terdapat 2 kategori pemohon yang layak mohon program KDE ini:
  2. Kategori am: i) Pemohon wajib warganegara; ii) Pemohon wajib pengundi dan menetap Selangor; iii) Pemohon wajib berumur 50 tahun ke atas.
  3. OKU: i) Pemohon wajib Warganegara Malaysia tanpa had umur; ii) Pemohon wajib pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); iii) Sedang menetap di Negeri Selangor; iv) Bagi pemohon berusia 18 tahun ke atas, mestilah pengundi berdaftar di Selangor. v) Bagi pemohon di bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi berdaftar di Selangor.

RM1,000.00 (one-off)

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAMAS)

Keterangan

Khairat Darul Ehsan (KDE) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin, bertujuan meringankan beban waris dengan pemberian sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada rakyat Selangor berusia 50 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan pengundi dan menetap di Selangor.

Objektif

KDE dapat meringankan beban Waris bagi pengurusan pengebumian Ahli KDE serta merupakan Kerajaan yang prihatin dalam menyantuni Rakyat Negeri Selangor. 

Tatacara Permohonan

Hanya melalui atas talian sahaja di laman sesawang berikut: https://kde.yawas.my/semakan/

Kembali