Pelajar Orang Asli di seluruh negara adalah layak untuk menerima Bantuan Wang Saku Pelajar Orang Asli yang disalurkan oleh pihak kerajaan. Bantuan ini disalurkan di bawah Skim Bantuan Galakan Pendidikan Orang Asli. Bantuan ini merupakan bantuan yang disediakan kepada pelajar Orang Asli yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
Pendapatan
Bantuan Wang Saku Pelajar Orang Asli
Pelajar Sekolah Menengah Orang Asli
Senarai nama daripada pihak sekolah melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang diuruselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
RM4.00 sehari
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jakoa.gov.my/
- Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)
- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Keterangan
Objektif
Dalam usaha berterusan Kerajaan bagi menggalakkan kehadiran murid Orang Asli ke sekolah, bayaran insentif wang saku kepada murid orang asli di peringkat sekolah menengah diberikan bertujuan memberi galakan supaya mereka menghadiri kelas dan meringankan beban ibu bapa murid. Bantuan Insentif Wang Saku ini juga adalah sebagai alternatif gantian kepada pemberian makanan waktu rehat kepada murid Orang Asli di sekolah
Kembali