Program Community Feeding Bandar merupakan program pemakanan yang mensasarkan kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun daripada keluarga miskin bandar. Intervensi ini bertujuan mengurangkan masalah malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak ini melalui penyediaan makanan tambahan (5 kali seminggu) sebagai jaminan kebolehdapatan makanan berkhasiat. Kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan dan memenuhi kriteria akan diberi bantuan bakul makanan. Program ini dijalankan oleh sukarelawan komuniti setempat yang telah dilatih (pemerkasaan sukarelawan). Program ini mula dilaksanakan sejak tahun 2018 di beberapa buah negeri. Sehingga kini terdapat 7 buah Pusat Community Feeding Bandar di 4 buah negeri seperti berikut:
- Perak (Selama, Gerik, Manjong) - 3 buah
- WP Kuala Lumpur dan Putrajaya (Cheras, Putrajaya Presint 9) - 2 buah
- Johor (Pasir Gudang) - 1 buah
- Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah) - 1 buah