Pembangunan Residensi MADANI merupakan program perumahan mampu milik di Wilayah Persekutuan bagi tujuan penjualan dan penyewaan mengikut keperluan serta berdasarkan kemampuan golongan sasar. Program Residensi MADANI juga merupakan salah satu inisiatif dalam Program Usaha Jaya Insan (PUJI) dalam kategori Lindung@PUJI bagi membantu golongan B40 khususnya untuk memiliki kediaman yang mampu milik, selesa dan kondusif selaras dengan hasrat Program PUJI itu sendiri iaitu untuk meningkatkan darjat hidup rakyat di Wilayah Persekutuan. Harga yang ditawarkan bagi kategori penjualan adalah di antara RM150,000 hingga RM200,00 seunit dengan saiz di antara 700 kaki persegi hingga 800 kaki persegi. Bagi kategori penyewaan, kadar sewa yang ditetapkan adalah di antara RM300 hingga RM600 sebulan.
Perumahan
      Residensi MADANI
    Penduduk Di Wilayah Persekutuan
- Warganegara Malaysia. Berumur 18 tahun ke atas
 - Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM8,000 sebulan
 - Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
 - Permohonan rumah pertama sahaja
 - Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi MADANI
 - Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun
 
- Kadar jualan adalah di antara RM150,000 hingga RM200,000 seunit
 - Kadar sewaan adalah di antara RM300 hingga RM600 sebulan
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://residensimadani.jwp.gov.my/faq
- Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP)
 - PBT (DBKL, PPJ Dan PL)
 - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
 - Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
 - Pemaju Perumahan
 
Keterangan
      Objektif
      Membantu warga Wilayah Persekutuan khususnya di kalangan berpendapatan rendah (B40) atau yang mempunyai pendapatan sesisi rumah RM8,000 ke bawah untuk memiliki rumah yang mampu milik, selesa dan kondusif.
Tatacara Permohonan
        - Pemohon hendaklah mendaftar akaun dan selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi terlebih dahulu sebelum memohon projek.
 - Sekiranya pemohon telah memohon projek Residensi Wilayah (dahulunya di kenali RUMAWIP) pemohon tidak boleh lagi memohon projek Residensi MADANI.
 - Pemohon yang telah berdaftar dan memilih projek DIWAJIBKAN untuk memuatnaik dokumen sokongan dalam portal Residensi MADANI. Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti yang disediakan di dalam portal Residensi MADANI.
 - Semakan pertama akan dibuat oleh pemaju. Sekiranya dokumen telah lengkap, Urusetia akan membuat semakan selanjutnya
 - Untuk semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal Residensi MADANI.
 - Keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya atau Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemel ke alamat emel pemohon.
 
Kembali