Skip to main content
Veteran ATM: Bantuan Peralatan Pesakit

Veteran ATM

  1. Veteran ATM (Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak dan Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa)
  2. Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  3. Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  4. Bagi permohonan yang melibatkan Pesanan Kerajaan, hendaklah disertakan dengan tiga (3) sebut harga daripada pembekal manakala bagi permohonan bayaran balik(reimbursement), hendaklah disertakan dengan resit pembelian.
  5. Tuntutan bayaran balik bagi peralatan pesakit hendaklah dikemukakan dalam tahun di mana perolehan atau pembelian tersebut dibuat bagi membolehkan bayaran balik dibuat dalam tahun semasa dan mengelakkan bayaran lewat kepada pembekal atau Veteran ATM.

Kadar bantuan adalah RM5,000 (maksimum)

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jhev.gov.my/utama.html

  1. Kementerian Pertahanan (MINDEF)
  2. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)
Keterangan

Bantuan Peralatan Pesakit bertujuan membantu Veteran ATM dan orang tanggungan yang memerlukan untuk membeli peralatan bantuan perubatan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan pengesahan tentang penyakit yang dialami dan keperluan peralatan tersebut daripada pegawai atau pakar perubatan Hospital Kerajaan.

Objektif

Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM dilihat boleh membantu meringankan bebanan kewangan Veteran ATM.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran

Kembali